Thursday 8 February 2024

Berjumpa kembali


 Hi! lama tak menaipkan? iyalah habis peperiksaan perlulah Me time dahulu. Soalan semesta 2 sangat susah tapi saya dah baca buku jadi.. ia tidak lah terlalu sukar untuk di harungi walaupun kebanyakan markah saya ada yang menurun dan ada yang menaik.Habis cuti nanti dapat markah UPKK (UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA) pula, doakanlah saya dapat 8A walaupun saya rasa saya tidak akan dapat 8A mungkin 7A atau 6A sahaja tapi ayah saya kata kita perlu tawakal dengan usaha kita dan ibu saya pula kata kalau kita dah buat yang terbaik kita pun perlu terima hasil usaha kita dengan baik. terima kasih kepada kedua ibu bapa saya *nah big love*


Oh untuk pengetahuan kamu semua saya bukanlah budak  yang pandai tapi bukanlah budak yang tidak pandai juga, jadi saya apa? saya adalah budak yang sedang-sedang itulah sebabnya saya kata saya punya markah ada yang cantik ada yang tidak.Oklah bye saya dah malas balik assalamualaikum

Tuesday 28 February 2023

Pengalaman Ke Muzium Negara Malaysia

Assalamualaikum semua, hari ini saya nak ceritakan pengalaman saya pergi ke Muzium Negara. Ini adalah kali pertama saya pergi ke muzium.


Semasa masuk saya nampak ada empat galeri dua bawah dan dua lagi di atas. Sangat besar muzium ini dan ia ada dua tingkat .

"Haaa....mesti tertanya tanyakan apa yang Hana buat ini (maaf gambar tak cantik)."

Di muzium negara ada tempat untuk kita bermain puzzle tapi saya tidak main, adik-adik saya yang sibuk cari puzzle. Saya pula sibuk mengembara di dalam muzium
.

Ini adalah salah satu dari berpuluh-puluh gambar yang saya ambil. Kalau orang yang dah pernah pergi muzium ini mesti tahu ini di mana.



Ini di dalam galeri yang keberapa saya dah terlupa tapi ia tulis kerajaan melayu awal dan patung di belakang saya itu adalah diodrma peislaman Sultan Kerajaan Melaka. Maka islamlah seluruh rakyat Melaka sejak hari itu.

Sebenarnya banyak lagi saya nak cerita tapi saya ada kerja lain juga nak dibuat dan saya sarankan yang tak pernah pergi untuk  pergi bercuti ke muzium negara sekarang. Itulah cerita kita hari ini semoga semua suka dengan jalan cerita saya. Assalamualaikum.

Saturday 25 February 2023

Permulaan Membuat Blog


    Asssalamualaikum hari ini saya baru buat banner untuk blogger saya jadi sebelum saya cerita macam mana saya dapat idea. Saya harap awak boleh bagitahu saya yang mana lebih cantik dan bagus. 

Banner 1

Banner 2

Kebiasaannya saya pada hari cuti akan bangun awal, sekitar pukul 6:30 pagi ataupun paling lewat sekitar pukul 8:00 pagi. Setiap pagi saya tidak tidur selepas solat subuh. Suatu hari saya terlihat ummu buat blog. Pada mulanya, ummu tidak memberi keizinan untuk saya berblog, tetapi beberapa hari lepas ummu memberi kebenaran bersyarat. Saya boleh menulis blog tetapi dengan pemantauan ummu abi.

Hari ni ummu mengajar saya macam mana nak buat banner dekat blog. Mula-mula saya buat satu sahaja tapi ummu kata ''haa.. dah puas dah?''  Kemudian saya tanya kembali ''boleh buat lagi ke?''  Ummu cakap boleh.Apabila siap,  saya melihat kedua-duanya cantik dan saya pun tak tahu nak pilih yang mana. Maka Ummu saya kata dia lebih suka yang ke dua sebab nampak lagi cantik. Hakikat ummu memang suka warna gelap-gelap. Maka saya pun letaklah banner yang ke-dua, tapi sebenarnya ada masalah sebelum nak letak banner ini, cuma saya tidak mahu cerita di sini sebab tangan saya dah lenguh.

Jadi itulah ceritanya, saya harap awak semua suka sekian terima kasih, assalamualaikum.

Tuesday 21 February 2023

Tasik Putrajaya, Oktober 2021

 






3 tokoh yang gagal kemudian berjaya

 Assalamualaikum kalau kita dengar orang gagal atau pun pangkat dia bawah kita jangan lah pandang rendah, takut nanti dia pula yang atas kita pula yang bawah. Jadi hari ini saya akan bagitahu 3 orang yang kita kenal tapi dulu diremehkan.


1. Michael Jordan 

Semasa berada di sekolah menengah Michael pernah disingkirkan daripada pasukan bola keranjang. Apabila pulang ke rumah dia banyak mengunci dirinya di dalam bilik dan menangis tapi itu dulu, sekarang dia dianggap sebagai salah seorang permain terhebat dalam sejarah NBA.Michael pernah berkata dia pernah tersasar sebanyak 9,000 lontaran dalam keseluruhan kerjayanya dan kalah hampir 300 perlawanan, perkara itulah yang membuat dirinya berjaya seperti sekarang .


2. J.K. Rowling 

Dia mengalami tekanan jiwa selepas bercerai dan juga kematian ibunya. Apabila dia menulis bukunya Harry Potter, kebanyakan penerbit telah menolak manuskripnya dan sekarang dia merupakan pengarang buku paling kaya di dunia dengan nilai melebihi RM 4 billion. Dia mencipta siri fantasi Harry Potter yang merupakan siri buku terlaris dalam sejarah.


3. Walt Disney 

Walt Disney pernah dipecat daripada syarikat penerbitan akhbar kerana dikatakan mempunyai imaginasi yang lemah dan tidak mempunyai idea yang tersendiri. kemudian dia memulakan syarikatnya sendiri, di garaj rumahnya, dia kemudian dikenali secara meluas sebagai ikon antarabangsa kerana sumbangannya dalam bidang hiburan. Sekarang, syarikatnya merupakan studio terbesar di Holywood dengan pendapatan melebihi RM 130 bilion setahun 

Jadi jangan pandang rendah dekat orang sebab kita tidak tau apa yang akan jadi selepasnya tapi ingat semua orang boleh berjaya dan semua orang membuat salah cuba kongsikan pendapat anda selamat tinggal, assalamualaikum.

Berjumpa kembali

 Hi! lama tak menaipkan? iyalah habis peperiksaan perlulah Me time  dahulu. Soalan semesta 2 sangat susah tapi saya dah baca buku jadi.. ia ...