Tuesday 21 February 2023

3 tokoh yang gagal kemudian berjaya

 Assalamualaikum kalau kita dengar orang gagal atau pun pangkat dia bawah kita jangan lah pandang rendah, takut nanti dia pula yang atas kita pula yang bawah. Jadi hari ini saya akan bagitahu 3 orang yang kita kenal tapi dulu diremehkan.


1. Michael Jordan 

Semasa berada di sekolah menengah Michael pernah disingkirkan daripada pasukan bola keranjang. Apabila pulang ke rumah dia banyak mengunci dirinya di dalam bilik dan menangis tapi itu dulu, sekarang dia dianggap sebagai salah seorang permain terhebat dalam sejarah NBA.Michael pernah berkata dia pernah tersasar sebanyak 9,000 lontaran dalam keseluruhan kerjayanya dan kalah hampir 300 perlawanan, perkara itulah yang membuat dirinya berjaya seperti sekarang .


2. J.K. Rowling 

Dia mengalami tekanan jiwa selepas bercerai dan juga kematian ibunya. Apabila dia menulis bukunya Harry Potter, kebanyakan penerbit telah menolak manuskripnya dan sekarang dia merupakan pengarang buku paling kaya di dunia dengan nilai melebihi RM 4 billion. Dia mencipta siri fantasi Harry Potter yang merupakan siri buku terlaris dalam sejarah.


3. Walt Disney 

Walt Disney pernah dipecat daripada syarikat penerbitan akhbar kerana dikatakan mempunyai imaginasi yang lemah dan tidak mempunyai idea yang tersendiri. kemudian dia memulakan syarikatnya sendiri, di garaj rumahnya, dia kemudian dikenali secara meluas sebagai ikon antarabangsa kerana sumbangannya dalam bidang hiburan. Sekarang, syarikatnya merupakan studio terbesar di Holywood dengan pendapatan melebihi RM 130 bilion setahun 

Jadi jangan pandang rendah dekat orang sebab kita tidak tau apa yang akan jadi selepasnya tapi ingat semua orang boleh berjaya dan semua orang membuat salah cuba kongsikan pendapat anda selamat tinggal, assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Berjumpa kembali

 Hi! lama tak menaipkan? iyalah habis peperiksaan perlulah Me time  dahulu. Soalan semesta 2 sangat susah tapi saya dah baca buku jadi.. ia ...