Saturday 25 February 2023

Permulaan Membuat Blog


    Asssalamualaikum hari ini saya baru buat banner untuk blogger saya jadi sebelum saya cerita macam mana saya dapat idea. Saya harap awak boleh bagitahu saya yang mana lebih cantik dan bagus. 

Banner 1

Banner 2

Kebiasaannya saya pada hari cuti akan bangun awal, sekitar pukul 6:30 pagi ataupun paling lewat sekitar pukul 8:00 pagi. Setiap pagi saya tidak tidur selepas solat subuh. Suatu hari saya terlihat ummu buat blog. Pada mulanya, ummu tidak memberi keizinan untuk saya berblog, tetapi beberapa hari lepas ummu memberi kebenaran bersyarat. Saya boleh menulis blog tetapi dengan pemantauan ummu abi.

Hari ni ummu mengajar saya macam mana nak buat banner dekat blog. Mula-mula saya buat satu sahaja tapi ummu kata ''haa.. dah puas dah?''  Kemudian saya tanya kembali ''boleh buat lagi ke?''  Ummu cakap boleh.Apabila siap,  saya melihat kedua-duanya cantik dan saya pun tak tahu nak pilih yang mana. Maka Ummu saya kata dia lebih suka yang ke dua sebab nampak lagi cantik. Hakikat ummu memang suka warna gelap-gelap. Maka saya pun letaklah banner yang ke-dua, tapi sebenarnya ada masalah sebelum nak letak banner ini, cuma saya tidak mahu cerita di sini sebab tangan saya dah lenguh.

Jadi itulah ceritanya, saya harap awak semua suka sekian terima kasih, assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Berjumpa kembali

 Hi! lama tak menaipkan? iyalah habis peperiksaan perlulah Me time  dahulu. Soalan semesta 2 sangat susah tapi saya dah baca buku jadi.. ia ...